Apa itu Rangkaian Tadika ABS?
Batu bata yang bertaburan selepas diturunkan selonggok daripada sebuah lori itu kelihatan kukuh sekali.
Meskipun dicampak dengan kuat, ia tidak mudah pecah.
Walaubagaimanapun, batu-bata itu hanya
mampu membentuk sebuah bangunan dengan dinding yang kukuh apabila
disusun dan diatur bersama.
Batu-bata yang biasanya berbentuk empat
segi tepat itu, boleh disusun dengan pelbagai cara untuk membentuk
bangunan seperti yang direka.
Setiap satu utuh mengekalkan identiti masing-masing. Meskipun kelihatan sama, mereka tetap unik.
Rangkaian Tadika ABS adalah gabungan tadika indie yang bersatu secara unik dengan identiti yang tersendiri.
Ia bakal memberikan payung pendidikan dengan misi memandaikan bangsa yang melangkaui batas perbezaan yang biasa.
No comments:
Post a Comment