Rangkaian Tadika ABS menawarkan 3 nilai tambah di samping kurikulum tadika yang sedia ada.
3 Nilai Tambah Itu ialah:
1. Guru-guru mengaplikasi Teknik Nabi bagi mendorong pelajar supaya
suka belajar. Kanak-kanak tidak dimarah ataupun dihukum, sebaliknya
mereka didorong dengan menggunakan teknik memuji yang betul.
2.
Guru-guru bercakap kepada pelajar menggunakan fonetik dan nahu Bahasa
Melayu Tinggi. Guru memanggil pelajar dengan panggilan 'Tuan Muda' dan
'Cikpuan Muda'.
3. Tadika ABS mempunyai Kelab ARAF (Abdul
Rahman bin Auf) di mana sejak kecil pelajar sudah diasuh menjadi
usahawan yang baik akhlaknya melalui program keusahawanan di bawah kelab
ini.
Tuesday, November 26, 2013
Apa itu Rangkaian Tadika ABS?
Apa itu Rangkaian Tadika ABS?
Batu bata yang bertaburan selepas diturunkan selonggok daripada sebuah lori itu kelihatan kukuh sekali.
Meskipun dicampak dengan kuat, ia tidak mudah pecah.
Walaubagaimanapun, batu-bata itu hanya
mampu membentuk sebuah bangunan dengan dinding yang kukuh apabila
disusun dan diatur bersama.
Batu-bata yang biasanya berbentuk empat
segi tepat itu, boleh disusun dengan pelbagai cara untuk membentuk
bangunan seperti yang direka.
Setiap satu utuh mengekalkan identiti masing-masing. Meskipun kelihatan sama, mereka tetap unik.
Rangkaian Tadika ABS adalah gabungan tadika indie yang bersatu secara unik dengan identiti yang tersendiri.
Ia bakal memberikan payung pendidikan dengan misi memandaikan bangsa yang melangkaui batas perbezaan yang biasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)